CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Wednesday, September 1, 2010

Lamb shoulder roast & Secret R

Not sure nak panggil apa, tapi dlm BM, daging bahu biri-biri panggang :).Mana dapat resepi ni?Dapat dari arwah driver kat jabatan , En. Zali, masa sembang2 dgn arwah otw outstation.Memang arwah pun pernah joint venture dgn kawan2 bukak gerai sup daging berdekatan sini.Aku salute habis dgn bakat masak2 arwah ni...Al-fatihah....

Lamb shoulder roast

5-6 keping hirisan nipis lamb shoulder(boleh beli siap potong kat supermarket)
4 batang serai
2 labu bawang merah
4 cm halia
5-6 ulas bawang putih
garam dan kunyit secukup rasa
sedikit butter utk memanggang (aku panggang atas dapur jek)
(aku tmbh black pepper dan serbuk ketumbar sikit)
Additional: BBQ sauce

1.Blend serai, bwg merah, bwg putih dan halia.
2.Lumurkan daging dgn kunyit dan garam, dan bahan blend tadi.Perap 4-5 jam.Lagi lama, lagi bagus :).Semalaman pun boleh.
3.Gunakan non stick frying pan, letakkan satu sudu besar butter, dan panaskan hingga butter cair.Letak kepingan daging yang boleh muat dlm pan tersebut.janagn masukkan byk2 kepingan serentak, nanti lambat masak.
4.Bila kepingan daging dah sedikit garing, picit sos BBQ dari botol ke atas daging.Balikkan dan buat pada sebelah daging satu lagi.
5.Masak hingga garing atau sehingga tahap mana yang anda suka.(aku suka well done ler..mana reti nak makan rare, medium rare cam omputih !)
6.Hidangkan panas-panas.Boleh dimakan bersama sos cili dan mayonis.(makan dgn nasi pun best jugak hihi-dah namanye perut Melayu!)

Yang ni pulak, utk celebrate besday aku.Beli dua slice jek..sebab nak beli sebijik kang membazir lak...

My choice: choc fudge cake

Cg Fly choice: New York Cheese cake

Puding karamel & my birthday...31st Aug 2010

Selamat tinggal angka 29...selamat datang angka 30 echeh!Dah tua(read:mature) dah aku ni ye...semoga sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki....teringat pulak masa kat U, aku gi pusat kesihatan dan doktor yang tgk no. Ic aku, digelarnya aku ni merdeka baby...anyway aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan semoga dapat meneruskan hidup sehingga E-ein (dan adik atau adik2 nya yang akan datang hehehe) membesar , berjaya, dan dapat tgk turn diorg berkeluarga lak....tak lupa juga(cess..mcm bagi ucapan lak hahaha, lantok ler....)...Selamat Hari Lahir buat semua Merdeka Baby di luar sana & Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53 tahun!Azam merdeka aku: aku nak nanti, adik E-ein lahir sama tarikh dgn besday aku atau awl sehari/lewat sehari, jadilah!(cam E-ein, besday dia sehari awal dari abah dia...so diorg lahir bulan sama, genglah tu...tak aci nih!)..hihi...boleh ke gitu?

Jom potong puding karamel instead of potong kek...ekekekeke..resipi puding karamel di sini:Resipi puding karamel.Resipi mudah, cuma menggunakan bahan yang ada di rumah anda..tak perlu susu sejat, kastad atau esen warna kuning!