CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Tuesday, July 27, 2010

Food Blog Review No. 19: CikMin.com




Another favourite food blogger dan juga kenalan sy sejak mula2 berblog...CikMin.com menjanjikan adventure makan2 yg best tak hingat dan juga diselangselikan dgn cerita famili termasuk new addition ,baby Faheem yang bam bam ittew..dan juga ada byk tips dan info dalam blog CikMin ni..

Jom terjah blog CikMin!To cikmin, dun forget aaa...letak badge review kat blog!TQ..



Food Blog Review No. 18: Xoul's Foodtography


Satu-satunya kumbang dalam kepungan sang bunga hahaha...terima kasih xoul @zul kerana menyertai Food Blog Review ni ye?

Juga merupakan blog yg mempunyai kombinasi2 bidang yang diminati sy..iaitu fotografi + makanan, maka muncullah Foodtography by Xoul!

Blog Xoul memaparkan gmbr2 makanan, restoran dan tempat2 menarik yang dilawati beliau.Jom ke blog Xoul utk skodeng alamat restoran2 yg besh2 nih!
Tempted?Klik here for more!dan xoul, jgn lupe tempek blog badge review dari akak ye!Good luck!

Monday, July 19, 2010

Food Blog Review No. 17: Nurindah



Hari ni sy extra rajin.Sampai 3 update sekaligus!Sebenarnya nak membayar hutang2 dgn peserta2 giveaway Food Blogger Review ni.Jujurnya, sy masih belum decide nak kasi hadiah apa kepada pemenang nanti.Yang pastinya mesti berkaitan dgn masakan@dapur..tunggu sy umumkan hadiahnya ya?

Pemilik blog no.17 ni ialah Nur.Sy sukakan blognya yang sederhana tapi padat.Penuh dgn resipi2 masakan yg beliau cuba sendiri...suka betul sy tgk!:)Sayangnya Nur sedang berehat lama ni, katanya maybe sebulan dua...sy berharap agar Nur tidak serik berblog dan kembali ke arena blog masak2 secepat mungkin!

Jom terjah dapur Nur!Gmbr sy kecikkan sebab nk masukkan semua yg sy terliuq bila terjah dapur Nur! hehe







Seperti biasa, Nur jgn lupe tempek blog badge tau!

Food Blog Review No. 16:Cangkir Biru@Muz

Jom terjah blog Cangkir Biru@Muz pulak! Berbekalkan dengan nama blog Suka Main Masak-masak @ http://rencahhidupku.blogspot.com, Muz menebarkan sayap ke bidang masak memasak dgn jayanya! (owh..sy jeles ok!, rajin sungguh Muz ni!). Paling kagum sebab Muz rajin masak lauk..tak mcm sy ..hehehe

Banyak sgt hasil masak2 Muz sampai tak tahu nak pilih mana satu....INDULGE!


Muz, jgn lupa tempek blog badge ye!

Food Blog Review No. 15: Black Cardamompods

Salam...maaf kan sy sekali lagi!Gomenegodasaiiiiii!Agak busy buat masa ini...sebab tu jarang update..bagaiamanpun sy gagahkan juga update agar peserta2 dan pembaca tidak tertunggu2...sowwiii..

Our next contestant is.....Drumroll please....KakCt @ Blackcardamompods.Kepada sesiapa yang tak tahu..inilah rupa sebenar Cardamom pods, nama blog Kak Ct ni!

The girls...anak2 Kak Ct yang cumel...
Jom terjah masakan Kak Ct lak...lebih kurang mcm sayalah kak!Suka pastry ,cakes & Ice cream!(tapi sy tak pandai mendeco mcm akak..huhuhu)

To Kak Ct nanti jgn lupe letak badge review k...good luck!

Monday, July 12, 2010

Marble Cheese Brownies with DDL

Maafkan siaran tergendala sebentar,dah seminggu anak sy demam,so sejak dia baru sihat ni, baru lah bersemanagat nak berblog semula...insya Allah akan teruskan review esok lusa ye?Jom layan brownies!

Resepi campur2an..aku main belasah jek.Kalau ada yang perasan, aku ni gemar buat kek coklat dan cheese...huhu..kek lain, tak teringin lagi nak membuatnye...lagipun Cg Fly pun mcm aku...suka choc and cheese.

Cookies base
- tak buat pun takpe,aku letak supaya dulce de leche(DDL) tak jatuh sampai dasar loyang
10-12 keping biskut marie coklat
100g butter(dicairkan)

Gaul bahan di atas hingga sebati.
Lengserkan loyang kek (bulat boleh, empat segi pun boleh) dgn butter.
Letakkan bahan tadi dalam loyang, mampatkan.
Tutup dgn plastic wrap dan masukkan dlm peti sejuk sementara menunggu adunan brownies dibuat.

Brownies-rujukan dari Kak Hana, Along Roz
200g coklat masakan
1/2 cawan serbuk koko-tak ada stok kat umah ku
250g butter
1 cawan gula (aku letak 3/4 cawan)
3 bijik telur sederhana besar
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
dulce de leche - jika suka
badam cincang- jika suka

1.Cairkan coklat dan butter secara double boiler.Selepas cair dan berkilat, masukkan serbuk koko, kacau sebati.Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula.Masukkan esen vanilla dan coklat cair tadi.Pukul sebati.
3.Masukkan tepung.Pukul sebati.simpan dlm 2 sudu besar utk buat lorekan pada cheese topping.
4.Tuang adunan atas cookies base tadi.Letakkan dulce de leche jika suka.Bakar dalam oven pada 175 darjah celcius, selama 20-30 minit.(hingga masak)

Cheese topping-amik dari Kak Hana
250g cream cheese
1 cawan gula
1 bijik telur
*takletak plain yogurt-(no stock)

1.Pukul cheese dan gula sebati.Masukkan telur dan pukul hingga berkrim.Ketepikan.
2.Bila bronies dah masak, tuangkan adunan cheese atas bronies.Ratakan adunan.
3.Pipe kan adunan bornies (baki) tadi atas cheese topping.Lorekkan guna pisau.
4.Bakar lagi selama 15-30 minit-sehingga cheese topping masak.
5.Tunggu sejuk baru potong.

Lorekan tgn aku yang keras..haih..

Lepas potong tak nampak sgt kehuduhannya hehehe

Tuesday, July 6, 2010

Food Blog Review No. 14:One Day At A Time


Ok, jom jenguk next contestant, Dr. Hidayah.Ku kenal beliau during this food blog review.Dan juga tahniah atas lantikan beliau as MBP contributor!Chaiyok2!

Dr Hidayah ni seorang doktor perubatan yang suka makan..opss...hehehe..betul lah, kalau tak, mcmane nak layak masuk Food Blog Review ni kan?And here is her pride and joy...
Mostly she writes about her gastronomic adventures..iaitu kisah2 makan2 beliau.Jom skodeng blog Dr Hidayah!Food...foods...foodsss....Foodsss again...foodssssss somemore!

Adventurous, indeed!
Nak lagi?Jemput ke sini !Last but not least,to Dr. Hidayah, jgn lupe ye tempek food blog badge kat blog anda!

Friday, July 2, 2010

Dulche de leche brownies..yum yum!


Aku dah lama geram dgn brownies ni sejak tgk kat umah Kak Hana.Hurmm...browniesnye yg rangup di atas dan chocolatey di dalam!Tambah pulak ada inti dulce!

Btw, brownies dulce aku mcm tak berapa best rupe dia, sebab dulce tu turun bawah la pulak huhuhu...

Resepi Dulce de Leche Brownies(C & P dari Kak Hana yea)

Bahan-bahan
  • 115g butter (aku main potong je butter tu..about half dari sebuku yg 250g tu)
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko ( aku letak 3 sudu besar )
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum ( 1/2 cawan)
  • 100g kekacang - hana x ltk(aku tak letak gak-cg Fly tak suka kacang dlm kek)
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu(samalah main agak2 jek!)
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan.

  • Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.
Tambahan dari aku: Chocolate topping-kalau berbaki leh wat cicah roti atau biskut atau lempeng
1/2 cawan minyak sayuran

1/2 cawan serbuk koko

3/4 cawan susu pekat manis

1/2 camca kecil esen vanilla
secubit garam

Cara: Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan masak atas double boiler hingga berkilat.
Hias ikut kreativiti...aku memang surrender bab hias2 ni..hentam sajalah labu...oh ya, yeay!!brownies aku pon merekah jugeee!hahaha...