CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Monday, July 12, 2010

Marble Cheese Brownies with DDL

Maafkan siaran tergendala sebentar,dah seminggu anak sy demam,so sejak dia baru sihat ni, baru lah bersemanagat nak berblog semula...insya Allah akan teruskan review esok lusa ye?Jom layan brownies!

Resepi campur2an..aku main belasah jek.Kalau ada yang perasan, aku ni gemar buat kek coklat dan cheese...huhu..kek lain, tak teringin lagi nak membuatnye...lagipun Cg Fly pun mcm aku...suka choc and cheese.

Cookies base
- tak buat pun takpe,aku letak supaya dulce de leche(DDL) tak jatuh sampai dasar loyang
10-12 keping biskut marie coklat
100g butter(dicairkan)

Gaul bahan di atas hingga sebati.
Lengserkan loyang kek (bulat boleh, empat segi pun boleh) dgn butter.
Letakkan bahan tadi dalam loyang, mampatkan.
Tutup dgn plastic wrap dan masukkan dlm peti sejuk sementara menunggu adunan brownies dibuat.

Brownies-rujukan dari Kak Hana, Along Roz
200g coklat masakan
1/2 cawan serbuk koko-tak ada stok kat umah ku
250g butter
1 cawan gula (aku letak 3/4 cawan)
3 bijik telur sederhana besar
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
dulce de leche - jika suka
badam cincang- jika suka

1.Cairkan coklat dan butter secara double boiler.Selepas cair dan berkilat, masukkan serbuk koko, kacau sebati.Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula.Masukkan esen vanilla dan coklat cair tadi.Pukul sebati.
3.Masukkan tepung.Pukul sebati.simpan dlm 2 sudu besar utk buat lorekan pada cheese topping.
4.Tuang adunan atas cookies base tadi.Letakkan dulce de leche jika suka.Bakar dalam oven pada 175 darjah celcius, selama 20-30 minit.(hingga masak)

Cheese topping-amik dari Kak Hana
250g cream cheese
1 cawan gula
1 bijik telur
*takletak plain yogurt-(no stock)

1.Pukul cheese dan gula sebati.Masukkan telur dan pukul hingga berkrim.Ketepikan.
2.Bila bronies dah masak, tuangkan adunan cheese atas bronies.Ratakan adunan.
3.Pipe kan adunan bornies (baki) tadi atas cheese topping.Lorekkan guna pisau.
4.Bakar lagi selama 15-30 minit-sehingga cheese topping masak.
5.Tunggu sejuk baru potong.

Lorekan tgn aku yang keras..haih..

Lepas potong tak nampak sgt kehuduhannya hehehe

No comments: