CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Friday, February 18, 2011

Oh my Red Velvet Cake!


Dah dekat setahun aku nak try buat kek ni tapi selalu je tak cukup bahan..sebab bahan2 mcm cream cheese dgn pewarna merah tu memang ler tak pernah simpan as stok kat umah.Kenapa derhaka?Derhaka sebab tak follow arahan betui2..padan muke..kan kek dah pecah2 sikit..layer pun tak berapa nampak hua hua hua...

Terima kasih kepada Cik Min atas tips2 utk RV ni dan juga resepi aku guna resepi Nadiaejat di myresipi.com.
RED VELVET CAKE

Bahan-bahan ( 1 biji )

Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  5. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  7. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  8. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  9. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  10. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
What when wrong bila aku try buat kek ni first time?Bab Baking, dah lulus dah...satu je..bab frosting..

Beriya-iya aku amik gmbr part yang lapisnye elok sikit..lapis belah kanan, hancusss...huhu..

Actually masa frosting, disarankan kek dan frosting disejukkan dlm fridge semalaman, esoknye baru lah kita belah kek tu into layers then lepakan frosting.Tapi aku degil..walaupun CikMin dah ckp,esok2 buleh sambung, aku siapkan gak mlm tadi.Bila potong tiga kek, tu, ade lah bersepai sikit!Padan muke aku!Gigih melepa frosting walaupun dah dekat kul 1 pagi hua hua hua!Kuatnye penangan Red Velvet Cake ni...gara2 tgk gambar kat blog CikMin gak hehehehehe...

Harus tgn jadi kaler2 merah sikit kena red dye tu ....

Cg Fly kata, sedap.Boleh buat lagi.Sy orait je bang..janji ada org sponsor ingredients dia hehehe...cream cheese je dah dua buku yang 250gm tuh.Hehehe..belum masuk bab whipping cream, and kalau nak lagi ummph, leh taruk mascarpone cheese!Biasanya harga kek ni, lingkungan RM90 ++ sebijik/sekilo kot..harga pasaran.....ni harus kena bagi jiran2 terdekat rase ni hehehehe..

Dan jikalau nak tgk rupa red velvet yang cantik dan betul2 senonoh,leh tgk kat:Pinch my salt....kat blog CikMin,dan sini:Irma di London. Cantik nye..jeles aku...

3 comments:

ilahjy said...

salam t.kasih krn dah timbul siapa punya tuan resepi yg kak ilah cnp kemarin..maafkan kak terlupa link. ok kak minta izin masuk list ya nama dapo yg cantik ini ..salam kenal...

CatlinaFly said...

kak ilah: ok! ;) tq singgah sini...hehehe reseepi ni pon sy ambil dari myresepi and alter sikit2

WarisanBonda said...

salam ziarah, sy follow..sedapnyerr kek tu..ntah bila la boley buat macam tuh...i;ll try later..