CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Happy new year, care to celebrate it with fried ice cream?


SALAM 2011....hope it is still not too late...
Bulat2 ,gebus2 pastu geseng2 sket hehehe
Aku buat 3 flavor (neapolitan) tapi bila dah goreng asik jumpe yang vanilla je...Cg Fly dapat stobewi 2 bijik.Last2 baru dpt coklat sebijik.Ade baki lagi 2-3 bijik dlm fridge.Simpan utk esok lak ye...hihi

Resepi dia aku C&P dari kak Hana jepong saneee.....dah byk kali buat dah ni..memang tak jemu!Mudah lak tu!Semesek!

Bahan-bahan:

•10 keping roti putih(aku guna 12 keping roti gardenia-dapat 6 bijik)
•6 scope aiskrim (apa2 perisa)-6 scoop sebab 6 bijik-guna perisa neapolitan
•Plastik wrap ( untuk balut roti) -tak guna pon, terus simpan dlm tupperware
•Minyak

Cara-cara:

1.Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2.Skopkan aiskrim ke atas roti.
3.Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4.Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5.Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman(aku simpan semua terus dalam satu tupperware microwave resistant, tak sempat balut dgn wrap..)
6.Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.Kalau nak tgk step by step gi sini k?

Kalau nak tengok step by step, klik sini okeh?Credit to Kak Dzanariah....

E-ein makan juge...tapi dia makan petang tadi, makan aiskrimnye aje...seronok je tgk dia makan pastu dia kata "sedap...sedap..." tak pelat tau...

Muke tak bersalah......

Mula-mula elok je pakai sudu....

Paastu pakai tangan!Macam mkn nasik!Adeh...jwbnye, mandi manda lah lepas tu sebab dah comot...

Bread Pudding(Steamed)

Terliur tgk puding roti Kak Zana tu ari (kat FB)..

Then Kak Zana pon ade bagi aku resepi kat MY resepi...kukus syle...


Bahan2:
1 buku roti Gardernia(aku guna 4-5 keping roti + kulit roti baki buat eskrem goreng)
sedikit butter(buat sapu kat roti)
2 biji telur( eja_mh, tn punye resepi suruh buang jalur putih kat telur supaya tak berbau hanyir)
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cwn gula castor
3 cwn susu segar full cream(aku modified , guna 2 cwn susu segar,1 cwn susu sejat)

Cara2:
1.Sapu butter pada roti, susun roti selapis demi selapis dlm loyang dgn kismis sampai habis.
2.Pukul telur sampai kembang, masukkan susu, gula dan esen vanilla ,kacau sebati
3.Tuangkan di atas roti tadi...
4.Kukus selama 45 minit...

Actually aku buat ni masa rehat tghari ,kul 1-2 petang!Bukan time cuti atau weekend ye, baru jek sebentar tadi!giler ,kan?Sebabnye aku teringin, kalau aku dah teringin, ribut petir sekali aku harung!hahaahha...


Boleh gak makan bersama dgn sos kastad, ihsan eja_mh jugak...TQ dear...i tak kenal u, if u ada blog or ada kawan2 kenal, then singgah2lah sini..nak berterima kasih sgt2 atas resepi yg mudah ni...

Huduss...tapi cedap!betull..aku tak tipuu...


Resepi sos kastad(yg aku buat tawo dan pekat sgt..malu nak letak gmbr heheehe)

1 cwn susu segar
2 sudu kastad
1 sudu gula


Campurkan semua bhn di atas di dlm periuk kecil, kacau dgn api perlahan sehingga mendidih.Siap!

Tuesday, August 24, 2010

Sup daging lembu

Rajin tul masak daging kebelakangan ni...Cg Fly memang suka makan daging.Aku pun dah terikut2.Last week dah mengari dan memasak merahkan daging(daging masak merah tak sempat amik gmbr, dah selamat).Menu utama berbuka malam tadi...

Bahan2

Daging(rebus sampai empuk dan dihiris halus)
1 labu bawang merah
6 ulas bwg putih
5cm halia
2 biji ubi kentang saiz sederhana
perencah sup
sedikit garam
kayu manis dan bunga lawang

Cara:

1.Blend bwg merah, bwg putih dan halia hingga sebati.
2.Tumis bahan blend tadi.Masukkan kayu manis dan bunga lawang .
3.Masukkan air(dlm 6-7 cawan),daging dan kentang.Masak hingga empuk.
4.Masukkan perencah sup yang dibancuh dgn sedikit air.Masukkan garam secukup rasa.
5.Tambah daun sup jika suka(kat umah dah abis stok)
6.Hidangkan panas2 bersama nasi....

Siakap sweet sour

Lauk ni aku bawa balik ke rumah mertua(mak) last weekend.Baru teringat nak upload.Sekali sekala bwk buah tangan kan...aku ni jarang masak..kalau kat umah mak, memanjang maaakan jek...hihi..mak masak sedap..aku ni kira beruntung sebab mak mertua cukup memahami yang aku lagi suka buat kek dari masak2 lauk..tapi harap2 semua tu berubah..aku nak rajinkan diri masak lauk mulai skrg..

Bab ikan, goreng je mcm biasa kasi garing.

Utk sos, aku ikut resepi Chef Hanieliza.Moga2 kena tempias beliau, aku jadi bertambah rajin masak.
Sos sweet sour

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

** aku tambah: sedikit tepung jagung utk memekatkan sos.
Cara2:


1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
2.Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
3.Masukkan juga cili potong, garam dan gula.**aku masukkan tepung jagung sket
4.Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
5.Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.


Ikan ni terpeleot dlm tupperware..sos lak, terover merah huhuhu..yang bestnye, diorg puji leh tahan lah sweet sour aku...adik ipar makan pun bertambah hehehe

Friday, August 20, 2010

Menu Ramadhan: Kari daging , puding karamel dan air cincau

Masak sendiri memang menjimatkan!Kalau kita gi Pasar Ramadhan(PARAM), rambang betul mata ni.itu nak, ini nak...dlm seminggu puasa ni, baru 2 kali gi PARAM dan 2 kali makan kat MIL hehehe.So total 4 hari masak2....harap2 berterusan sampai habis puasa..amin...


Kari daging je.Malas nak masak sayur hehehe


Air cincau


Puding Karamel(guna gmbr lama jelah ye..belum potong lagik)

Tak payah letak resepi lah ye...puasa2 ni malas nak taip dan lagipun ramai tau buat ni....:)Selamat berbuka!


Ayam goreng halia

Menu Ramadhan kedua aku..masa ni Cg Fly beli sup daging kat PARAM, dan ayam goreng halia jadi side dish...

Tak sempat ambil gmbr lah pulak..lupa..terus hidang pastu ngap..nasib jumpa kat Google..

Gambar kredit kepada blogger ini(aku ambil gmbr ni sebab ni rupa yang paling dekat dgn ayam goreng aku hehehe): Lukisan duniaku


1/2 @1/4 ekor ayam dipotong kecil2
garam dan kunyit secukupnya
5 cm halia (ditumbuk)

1.Perap ayam dgn garam, kunyit dan halia .
2.Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam @semalaman.
3.Keluarkan dan goreng seperti biasa.

Aisey..terbau2 lak bau ayam goreng ni huhuhuhu...

Baby food:Sup tomato dan oat

Bila E-ein dah boring dgn sup biasa, aku try masak sup ni pulak.Kata pengasuh, E-ein suka sgt sup tomato dan oat ni.Sangat yummy, aku dah try rasa k dan bau dia wangi(oat + tomato).Utk E-ein aku hidangkan bersama nasi sebab sejak dah besar sikit ni E-ein tak suka bubur atau makanan lembik2(dia geli ok, kuih lapis dgn kuih seri ayu pun dia leh geli hahahaha).Sesuai utk toddler 1 year ++.Utk below 1 tahun boleh juga, tapi kena blend lah(utk E-ein, aku tak blend, masak kasar2je-maknanye tomato just belah 4, carrot belah bentuk bunga,bila rebus dia hancur sikit).Baby /toddler satisfaction guaranteed!Note: Tomato bagus utk penghadaman.E-ein ni selalu kena sembelit sebab dia minum susu berasaskan soya....

Resepi dari sini: Mama, saya lapar

Malas nak taip resepi, so kalau nak try, klik gmbr ni utk enlarge ok?

** boleh tukar carrot dgn kentang, brokoli @ kobis/bunga kobis

Baby Food: Carrot soup with rice

Saja nak berkongsi resepi E-ein pulak this time...sesuai utk 10 months - 1 year old ++.Janji dah ada gigi.

Carrot soup with rice
sebiji carrot dipotong memanjang(baby/toddler yg dah ada gigi suka pegang carrot ni masuk mulut) @ boleh tukar sayuran lain :brokoli, kentang, bunga kobis
1 cm halia dihiris memanjang
3 ulas bawang putih - mayang/hiris
1 labu bawang besar/merah-mayang/hiris
sedikit minyak masak utk menumis (aku guna minyak jagung, kadang2 guna sunflower oil.Nak guna olive oil pun boleh)
garam secukup rasa
1/2 mangkuk /cawan nasi yang dah dimasak

1.Tumis halia, bawang putih dan bwg merah hingga naik bau.
2.Masukkan 3-4 cawan air dan carrot.Tambahkan secubit garam.
3.Masak sehingga carrot empuk.
4.Hidangkan bersama nasi.

Favourite E-ein ni.Tapi sekarang dia macam dah boring sikit so, kadang2 aku masukkan ayam sikit, beef ball atau masa tumis tu letak ikan bilis tumbuk ,so rasa dia bertambah sedap.Kadang2 nasi dgn ikan/ayam goreng pun dia berselera makan, janji ada nasi .Favourite E-ein ialah ikan bawal putih..:) Ayam jarang2 aku kasi sebab kalau makan byk, E-ein gatal2 badan, she's got allergy kat ayam dan susu lembu.

Monday, August 16, 2010

Menu Ramadhan:Masakan Siakap Sinohong ..hehehe

Sebenarnya tak sure kategori apa ikan siakap menu berbuka tadi ni.Asalnya nak ikut resepi Chef Kamarul(buku resepi yg aku baru beli last week kat Alamanda) tapi ada kacukan dgn dgn resepi kuah tiga rasa Kak Zana di sini.Hasilnya, sos nye tak pedas dan rasa masam2 manis lak.Lantakler, janji dah selamat masuk perut!hihi!

Siakap masak kacukan tiga rasa(Kak Zana's recipe) dan pedas zamrud(chef Kamarul's recipe)

1 ekor ikan siakap(dilumur kunyit , garam dan disalut tepung jagung & digoreng garing kemudian diketepikan seketika)

Bahan Sos

1 labu Bawang putih
1 labu bawang besar/merah
8 tangkai cili padi (aku letak ikut resepi Chef Kamarul, tapi tak pedas pun!)
2 sudu besar sos cili }
2 sudu besar sos tiram } ikut dan aku letak, tak ikut sukatan pun
2 sudu besar sos tomato }
2 sudu kicap cair - tak ada
2 sudu kicap lemak manis
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

(Tambahan: aku taruk lada benggala sebijik, tomato sebijik, hirisan nenas dan oyster mushroom sket)

Cara-cara buat sos

1. Tumis bawang putih dan bawang merah.Letakkan cili padi.Biarkan seketika .
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan kicap dan sedikit air.Masukkan lada benggala, tomato hiris, nenas dan mushroom.
4.Masak seketika dan masukkan sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah.
5.Tuang sos di atas ikan siakap goreng tadi dan hidangkan panas.
Selamat mencuba!

Amik gambar tak sempat posing2kan ikan ni sebab E-ein mengaruk nak duduk atas kerusi makan..huhuhu

Aku tertarik nak beli buku ni sebab tajuk dia "Resepi 30 minit" hihihi

Friday, June 18, 2010

Fried Ice Cream


Supper kami malam tadi...malam2 panas2 ni sesuwei sgtlah makan eskrem!

Aiskrim goreng ooo aiskrim goreng!Agak huduh rupamu..tapi sedap tau!Dek kerana nak sgt rasa aiskrim goreng yang aku tgk kat umah kak Hana, takdek acuan pun jadik!aku tekap pakai tutup termos E-ein!Hahahaha jgn tiru tau cara aku tekap aiskrim ni, kang korang trauma nengok rupe aiskrim goreng ni.Nightmare wooo!!

Kopipes dari kak Hana

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih(aku guna 12 keping roti gardenia-dapat 6 bijik)
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)-6 scoop sebab 6 bijik-guna perisa stobewi
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman(aku simpan semua terus dalam satu tupperware microwave resistant, tak sempat balut dgn wrap..)
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Sebelum dibedahsiasat;agak tak comey/tak simetri a.k.a huduh wooh!!