CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Thursday, May 27, 2010

Butter Pancake

Mudah giler nak buat,plus, bahan2 memang dah sedia ada kat umah bg mereka yang suka baking2 ni,..resipi dari Myresipi tapi aku copy paste dari Kak Inahar.Lembut, gebu dan rasa butter tu, wowwweeee!!!


Pancake
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder- takde, aku ganti dgn 1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional-aku tak bubuh
secubit garam

1.Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
2.Biarkan sebentar dlm 10 minit.
3.Masak pancake spt biasa hingga habis.
4.Hidangkan panas2.

Aku hidang dgn pancake syrup, boleh dibeli di mana-mana pasaraya :).

Saturday, May 22, 2010

Food Blog Review No. 8:MamaFami's Spice n Splendour

Ngences je bila aku drop by kat blog Mama Fami ni..(ngences is derived from Javanese word,means, menjejeh air liur -lebih kurang la hahaha-oppss...aku bukan org Johor, aku kawen dgn org Johor aaaa...)...Tak jumpe gambar empunya badan(kes malas nak gali2 entry2 lama hehehe), so aku tempeklah gmbr avatar profile Mama Fami eh...Aku rasa pon, semuanye resepi masakan dlm blog Mama Fami..ni barulah food blogger sejati ni, bukan mcm aku food blogger chipsmore-kejap ada masak-kejap takde masak hehehehe.Anyway, memang rasa bersemangat gila nak masak bila jenguk blog Mama Fami ni..splendidly marveloussssss!!!!Oh ya, Mama Fami juga mengambil tempahan cakes & cuppies!Contact dia ye bg sesape yang berminat.

Enough said, aku rambang mata kat umah Mama Fami..ada 2 pilihan makanan yang aku pilih:


Cupcakes!!-suka kasut pink comey tu!

Mama Fami dear, sila tempekkan badge review kat side bar blog hokeh??wait for my lucky draw!



Thursday, May 20, 2010

Food Blog No. 7: Dapur Chugie







Dapur Chugie merupakan milik Chugie,seorang ibu kepada anakanda Fatin, blog utama dia kat sini-Iezmierah.Agak lama juga aku kenal Chugie ni..rasanye dah dekat setahun lebih(by blog )...jumpa face to face je belum.Sedikit quotes dari Chugie,"Sekadar koleksi masakan harian dan masakan yang saya pelajari untuk koleksi dan tatapan sendiri serta para pengunjung yang sudi dan ingin mencuba resipi2 simple dan mudah yang telah saya pelajari.."

Rasanye blog Dapur Chugie ni masih baru dilancarkan(betul ke Chugie?), macam blog Makan-makan By Catlina ni jugak.Keep up the cooking and writing yeah!!!

Ok, macam biasa aku akan pilih satu resepi yang menarik perhatian aku...tadaaaaaa!!


Dan last but not leats, dipersilakan Chugie menempek banner di bawah pada blog dapur Chugie.
Thanks you & good luck!(kita perlukan 11 orang food blogger lagi sebelum lucky draw boleh dijalankan, dah ada 14 org yang minta direview)..alhamdulillah, terima kasih di atas sambutan anda.



Triple Happiness Chocolate Cake Trifle

Sorry ah..rebeh sket lepas potong hahaha

Kenapa triple happiness?Sebab aku happy bila kek menjadik...mula2 masa nak bake cake ni, suspens juga sebab timer oven tak bergerak!Rupanye timer je rosak, tapi oven tetap berfungsi..nampak sgt lame tak guna oven tuh!hihi!Kalau tak jadi semalam, memang aku nak kukus dah lapisan kek belah bwh ni!

Sebelum kejadian potong memotong!

Resepi diinspirasi oleh Kak Hana nun di Jepung sana!See?Jauh giler aku import resepi ni ekekeke...dan aku rasa nilah kek yang paling complicated pernah aku buat (selain kek lapis), sebab ada tiga lapisan berlainan nak kena buat!

Resepi copy paste dari Kak Hana!Domo arigato gozaimasu!

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran - hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila
Cara-cara

1.Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. Ketepikan.
2.
Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
3.
Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan
4.
Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer.
5.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA(aku buat setengah adunan je dari resepi kat bwh, sebab kek nye kecik je)
Chocolate Fudge

Bahan-bahan
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate(aku guna cooking chocolate)
Cara-cara

1.Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk.
2.Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
3.Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
4.Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
5.Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.


LAPISAN KETIGA-Kak Hana kata, tak buat pon takpe, tapi dek kerana aku nak kek yang comey cam Kak Hana, kugagahkan diri buat camni gak!haha!)
Cheese topping

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream - aku gune plain yogurt
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren - aku guna sesudu teh perahan lemon
Cara-cara
1.Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.

2.Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.

3.Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.

4.Taburkan hirisan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate,sebelum dihidang.

Kek pon nak posing owkeyyyy!hehehe

Monday, May 17, 2010

Food Blog Review No. 6: Fiza Nordin

Juga antara kenalan awal ku semasa mula2 berblog.Jgn tak tahu, Kak Fiza ni seorang novelis yang rajin ke dapur!In fact, Kak Fiza dah bukak bisnes tempahan kek, kek lapis dan cupcakes!Ku sungguh kagum hokeh!Cayalah Kak Fiza!

Berbalik kepada one of her many jobs(a wife, a mom, a novelist & a chief-de-delicacies), nama samaran kak Fiza masa menulis, ialah, Sofieza Iskandar!(kalau tak silaplah, Kak Fiza, kalau salah, tlg betulkan eh..)So cepat gi beli buku Kak Fiza!Hehehehe..bukan promote masakan je, promote novel sekalik nih!!



Seorang ibu kepada 3 orang cahayamata ni, seoarang yang peramah dan rasa seronok bersembang(thru YM) dengannya...Kak Fiza, love u kak!Suka tgk makanan kat blog akak!phewwiiittt!Sorry , sy menyimpang pulak hehehe...utk tempahan kek dan kuih muih, sila contact Kak Fiza ok?

Resepi pilihan aku dari blog Kak Fiza ialah:

Garlic Mashed Potato with Tempura Fish Fillet

Ok, last but not least, rasanye Kak Fiza dah gantung badge Food Blog Reviewed by Catlina kat umah dia..thanks kak!

Saturday, May 15, 2010

Sardin Roll

Breakfast aku pagi ni.Makan sorang2 je sebab Cg Fly gi sekolah today, ada kursus.Aku dah prepare bendalah ni dari tgh malam tadi lagi sebelum tido.Kalau nak menggulung hari ni, kang jadi ape tah kalau dah dgn E-ein hihi...aku suka buat sardin roll, sebab paling mudah nak buat, yet rasa dia sedap hehehe..(sendiri buat, sendiri angkat bakul wakakaka!)

Cara-cara:

1.Masak sardin mcm nak buat sandwich.

2.Gelek roti sampai leper.
3.Letakkan sardin tadi sebagai inti, secukupnya.
4.Gulung, gulung, gulunggggg...5.Bila dah siap, simpan dlm peti sejuk.Esok leh goreng.

Cara menggoreng:
1.Panaskan minyak.
2.Potong dua roti yg dah digulung tadi.Pecahkan 2 @ 3 biji telur dlm mangkuk, pukul mcm nak buat telur dadar.
3.Celup roti tadi dlm telur dan goreng hingga kekuningan.Kena hati2 supaya gulungan roti tu tak terbukak.

Selamat Mencuba!

Friday, May 14, 2010

Food Blog Review No. 5: KucingOrenGemok






Sy suka nama pemilik blog yang catchy -Kucingorengemok.Sekali baca mcm kucing goreng emok (emak dlm loghat kelantan)pulak hehehe...nama gelaran sebenar bagi kucingorengemok ialah Lee Lin..Oh ya, tagline blog ni ialah, Makan lah, apa lagi(pergi lempeng, balik lepat).Boleh dikatakan hampir 99% blog ini mengenai makanan.Some yang dimasak sendiri oleh Lee Lin si kucing, some dia gi makan kat kedai dan juga ada review produk.

Paling sy suka, gambar-gambar dalam blog Kucingorengemok ni.Banyak gambar,jelas dan clear.Dan juga gaya penulisan yang mesra dan selamba buat kita rasa kita dah kenal dia lama walaupun baru je jengah blog si kucing nyanyau ni.Lagi satu yang paling spesel, Lee Lin juga menulis review tentang restoran2 di negeri2 yang dia pernah pergi.Syok je baca...dan bila sy klik kat entry negeri Pahang,baru sy tau BOH tu nama tempat, sebab tu teh BOH tu namanye BOH..sebab ladang dia kat BOH, Cameroan Highland.Hihihi..baru aku tau...

Resepi yang sy suka di blog kucingorengemok ni?

Ni dia....Syaksukka(makanan arab daaa..)


Ok..last but not least, macam biasa, dipersilakan tuan empunya blog tempek badge ini kat side bar blog anda dan link ke sini okeh??



Puding karamel @ Puding gula hangus


As posted at Catlinaflybaby:

Teringin nak makan lepas tgk kat umah Kak Dzana.Time panas2 ni makan benda sejuk sedap tau....aku tak pernah boring masak & makan puding ni!


Puding karamel

5 camca besar gula(boleh tambah kalau rasa tak cukup)
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air(sukat guna tin susu)
1/2 camca teh esen vanila
6 biji telur sederhana besar

1.Panaskan gula dlm kuali leper hingga cair dan kekuningan(jgn sampai hangus sgt, nanti rasa pahit).
2.Tuangkan gula ke dalam loyang.Biar seketika.
3.Masukkan susu, air, telur dan esen vanila ke dalam blender/mixer.Blend/mix hingga adunan sebati.
4.Tuangkan adunan puding ke dalam loyang tadi.
5.Kukus dalam pengukus dan jgn lupe letak aluminium foil atas loyang supaya air dari penutup kukusan tak jatuh dlm loyang..nanti tawar lak puding nye :)..Kukus selama 7-10 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

Thursday, May 13, 2010

Food Blog Review No.4 : Sweet Recipes Gallery

Tadi dah gi jengah blog milik Cik Izan kita ni- Sweet Recipes Gallery. Ini ialah penerangan profail Cik Izan:

"Galeri ini memaparkan resepi-resepi masakan Cik Izan berdasarkan menu yang telah dimasak sendiri di rumah. Sebahagian resepi di pelajari dari Bonda, arwah mertua, keluarga, ipar duai termasuk tukang masak kenduri kendara dan juga internet. Sebahagiannya di olah sendiri oleh Cik Izan mengikut citarasa keluarga tercinta. Semoga galeri ini akan menjadi warisan & rujukan kepada anak-anak di masa akan datang dan juga kepada sesiapa sahaja."

Wow..sy memang respek dgn usaha murni Cik Izan ni..dan terasa rendah diri serta sedar betapa malasnye diri ini huk huk huk..bila nak start masak2 & baking2 lagi ni Catlina?Nak tunggu pregnantkan adik E-ein ke?hehehehe(massa mengandungkan E-ein, aku rajin ke dapur!)...

Opps...sorry ter interprem pulak!!Menurut Cik Izan,ibu kepada dua org anak iaitu Danish & Dania, dia sanggup berasap kat dapur walaupun balik ek rumah jam 8 malam!Wow again!Rasa bersemangat bila tgk blog Cik Izan ni...

Ini pula blog utama Cik Izan, tentang keluarga & anak2 iaitu di Sweet@omoide ( sy rasa omoide ni dari bahasa Jepun, betul tak Cik Izan?)

Dan resepi pilihan sy di sini ialah:

Oishiiiiiiii!!!Mee goreng mamak special!!!(sy rasa namanye patut ditukar mee goreng mama special sebab seorang mama yang masak ni hehehe)

Last but not least, dipersilakan Cik Izan kita menayangkan badge review ni di blog anda...macihhh!!



Food Blog Review No. 3: Cik Lily Putih's Story


Keunikan & Keajaiban Menjadi Kegilaanku-itu tagline yang menyapa sy bila berkunjung ke rumah Cik Lily Putih.

Cik Lily & beloved husband, Mr Big-gambar hakmilik Cik Lily Putih

Sy kenal Cik Lily di MomBloggersPlanet kerana kami sama2 jadi ahli kat sana.Cik Lily juga amat aktif dalam menjayakan mana2 mombloggers/bloggers nye gathering.Sy sgt jeles kerana sy tak berpeluang turun ke gathering tu huhuhu....dan sy sedang usha Cik Lily supaya buat gathering mombloggers/bloggers gathering edisi Johor bila beliau balik kampung tehehehe...

Macam-macam cerita ada di website Cik Lily ni tapi mostly about makan2!Klik sini utk baca pasal makan2 ni.Dan sy juga suka entry pasal jalan2...

Dan sy suka entry pasal Cik Lily gi keluar makan2 ni..kat sini..dia makan ketam!wassehhhh..

Gambar hakmilik Cik Lily Putih

Last but not least..Cik Lily sila tempek blog badge sy(jgn lupe link sekali!)yeh..



Wednesday, May 12, 2010

Food Blog Review No. 2: Aku Bukan Chef


Blog milik Elissmie/Abg Gengz - Aku Bukan Chef mengandungi pelbagai resepi masakan di rumah termasuklah lauk pauk, kuih muih,biskut, masakan daging,ikan, ayam dll.Selain itu blog ini juga padat dengan info semasa seperti bengkel bakeri, tawaran kursus2 melanjutkan pelajaran dan tips2 keselamatan di dapur dan di rumah. Sy tak pasti tentang ini, tapi it seems to me that this blog got two people for the admin: Eliss(the wifey) and Abg Gengz(the hubby).Elissmie tolong betulkan kalau salah ye?

They also have another blog dedicated to their daughter Nuha-Dear Diary.

Resepi pilihan sy di blog ini ialah...


Ikan percik.Resepi kat sini.

Dan last but not least, Ellis jangan lupa tempek badge ni kat blog ok?

Food Blog Review No. 1: Hanamemories

Dimiliki oleh Mek Hana opppss..Kak Hana yang nun di Jepun sana.Among the first bloggers yang sy kenal semasa mula berblog dulu.Seorang yang mesra dan tak kedekut ilmu.Dan sy personally likes her because of her friendliness!!!Kak Hana ialah isteri kepada En Hamzah & mempunyai 3 orang hero iaitu Danial, Danish & Darwish.

Kebanyakan post blog kak Hana adalah tentang masakan dan makanan!I'm so jealous sebab she is so adventurous bab masak2 neh!!!Tapi sy juga suka membaca posts mengenai her traveling in Japan, dan juga gambar-gambar makanan dan sceneries yang oh so tempting!

My personal choice of recipe in Kak Hana's blog is Mondrods Ice Blended yang paling mudah nak buat & yummeh!

Kak Hana version

My version(selekeh sikit, baru buat tadi masa rehat lunch!hihi oreo takdok, ganti dgn ape yang ade jek!)

Dan last but not least..dipersilakan Kak Hana menerima badge tak seberapa ni.. :) Happy blogging!!!



Tuesday, May 11, 2010

Kek Lapis Sarawak


Aku beli ni dari gerai yang student bukak masa Karnival Mesra kat tempat kerja aku.Yummeh..mahal jugaklah RM20++ sebijik(aku beli campur-campur 3 perasa).Tak puas makan.Kalau kumpulan KMK jabatan aku menang bertanding kali ni, hadiah dia, gi Sarawak.Orang kata, kek lapis kat sana sebijik RM10 , ye ke?Hah harus aku borong nih! kih kih kih..menang pun belum lagi!

Step by step: DIY homemade strawberry ice creamA

Repeat wat eskrim lagi hihi...syiok ah panas2 mkn aiskrim ni...kali ni aku wat aiskrim strawberi..masih gunakan resepi terdahulu yg pernah aku buat...buat byk sket sebab bagi jiran2 hehehe...test market wakaka..

Bahan-bahan
  • 270 g coffemate (creamer tepung)-aku guna 500g
  • 500 ml susu segar perisa strawberry(guna 1 liter)
  • 30-50g gula halus/aising- bergantung tahap kemanisan susu berperisa(guna 3 camca teh<> 15g)
  • beberapa biji strawberry(tak digunakan- aku guna Hershey's shell dan badam cincang as penyedap rasa..)
dapat dlm 3 tupperware aiskrim 400ml..

Cara-cara
  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu. Baru kuar peti ais..
  3. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.Cadangan hiasan..tak bpe cantik, janji sedap!eheh..habis..sadaqallahuladzim!:)