CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Thursday, May 20, 2010

Triple Happiness Chocolate Cake Trifle

Sorry ah..rebeh sket lepas potong hahaha

Kenapa triple happiness?Sebab aku happy bila kek menjadik...mula2 masa nak bake cake ni, suspens juga sebab timer oven tak bergerak!Rupanye timer je rosak, tapi oven tetap berfungsi..nampak sgt lame tak guna oven tuh!hihi!Kalau tak jadi semalam, memang aku nak kukus dah lapisan kek belah bwh ni!

Sebelum kejadian potong memotong!

Resepi diinspirasi oleh Kak Hana nun di Jepung sana!See?Jauh giler aku import resepi ni ekekeke...dan aku rasa nilah kek yang paling complicated pernah aku buat (selain kek lapis), sebab ada tiga lapisan berlainan nak kena buat!

Resepi copy paste dari Kak Hana!Domo arigato gozaimasu!

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran - hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila
Cara-cara

1.Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. Ketepikan.
2.
Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
3.
Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan
4.
Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer.
5.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA(aku buat setengah adunan je dari resepi kat bwh, sebab kek nye kecik je)
Chocolate Fudge

Bahan-bahan
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate(aku guna cooking chocolate)
Cara-cara

1.Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk.
2.Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
3.Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
4.Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
5.Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.


LAPISAN KETIGA-Kak Hana kata, tak buat pon takpe, tapi dek kerana aku nak kek yang comey cam Kak Hana, kugagahkan diri buat camni gak!haha!)
Cheese topping

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream - aku gune plain yogurt
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren - aku guna sesudu teh perahan lemon
Cara-cara
1.Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.

2.Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.

3.Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.

4.Taburkan hirisan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate,sebelum dihidang.

Kek pon nak posing owkeyyyy!hehehe

3 comments:

Hidayah Ismawi said...

Ya Allah..dah lah tgh lapar ni.. tegok ur pics..mmg terliur berbaldi2..

kak ina kl said...

salam catlina..cam nak buat ajerlah..sodap tu

CatlinaFly said...

dr hidayah: hehehe...sorry sebab buat u terliur..nah amik tisu neh!

kak ina kl: trylah kak, memang sedap!kemewahan coklat digabungkan dgn keenakan cheese...pergh!!