CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Tuesday, May 11, 2010

Lapis Brownies Cheese


Dessert ptg Jumaat ari tu..lepas mkn macaroni cheese, mkn lapis brownies cheese..hohoho giler kejuuuu!!!Resepi amik kat blog Kak Hana Jepong....tapi tak lawa mcm Kak Hana punye huhuhu..

Bahan-bahan

  • *brownies
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat giant@kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies kat blog Kak Hana..(promosi nih Kak Hana kuheh kuheh...)
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. utk inti - campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit.
  7. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil(utk elak air penutup kukus tu menitik kat atas kek ni),pastu kukus dgn api besar.

Ulasan Catlina:
1.sedap dimakan selepas disejukkan semalaman.
2.konon2 nak hias dgn whiping cream tapi whipping cream tu cair lak masa sesi photoshoot hahaha..kisahnye..

No comments: