Aktiviti di hari coti..
Ini aktiviti aku petang semalam, dah lame tak buat kek....so aku buat kek cokelat..namenye Kek Coklat Super Moist!Resepi ni aku dapat sejak aku form 2 dulu lagi..maknanye dah 14 tahun aku mmg buat kek coklat style gini..masa majlis perpisahan kat sekolah dolu2, cikgu siap tempah dgn aku tau utk jamuan kelas..
Leh gak kalo nak cuba buat..happy baking!
Kek Coklat Super Moist
Bahan kek
1 buku butter (biasa aku guna buttercup)
1 cwn gula aising @ gula pasir yang dikisar halus
6 biji telur ayam
1 setengah camca teh esen vanilla
2 stgh cwn tepung naik sendiri } diayak
1 cwn serbuk koko } bersama
1 setengah cwn air masak
Bahan topping
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn minyak masak
1 tin kecik susu pekat manis
1/2 camca teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Putar butter dgn gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu per satu , putar smpi kembang & ringan.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan campuran tepung naik sendiri & serbuk koko , selang seli dgn air masak tadi sehingga habis.
5. Masukkan dalam loyang kek (ikut suke nak acuan bentuk ape ,jgn lupe griskan loyang dgn butter, kang melekat lak kek tu kat loyang), bakar sejam dgn suhu 160 darjah celcius.
Cara buat topping
Campur semua bahan topping dan masak atas double boiler sehingga berkilat. Biarkan sejuk ke suhu bilik.
Tadaa..senang je kan...pastu bila kek dah masak, tunggu sejuk ke suhu bilik dulu, kuarkan dari loyang & tuang la topping atas kek tu..& simpan dalam fridge dlm stgh hari ke..baru makan.. sbb kek ni sedap dimakan sejuk2...
SELAMAT MENCUBA!
My First Entry about cake...on 20th November 2008....5 months preggie kan E-ein
No comments:
Post a Comment