Donat Koko
Donat (dpt dlm 10-12 bijik)
3 camca besar butter(suhu bilik)
2 cwn tepung gandum (aku pakai tepung gandum superfine)
1 biji telur
2 camca teh ibu roti (1 peket kalau guna mauripan)- bancuh dgn sedikit air, dlm ½ cwn ke
2 camca besar susu tepung ( aku gune susu Anmum aku hahaha tu je susu tepung yg ade)
Secubit garam
(aku ubah sket resipi ni, aku tmbh ½ cwn serbuk koko ,½ cwn gula castor & ½ camca teh esen vanilla)
Langkah2:
1.Gaul butter dgn tepung,susu tepung,serbuk koko dan gula hingga sebati.(guna tgn)
2.Masukkan telur, esen vanilla ,garam dan gaul lagi.Masukkan ibu roti yg telah dibancuh air sedikit demi sedikit.
3.Gaul sebati hingga adunan tak melekat pd tgn.Kalau adunan masih melekat, tmbh sket tepung, sket2 je jgn byk sgt kang jadik biskut lak!
4.Biarkan adunan dlm bekas (ditutup dgn plastic wrap ) lebih kurang 30min supaya adunan naik dan mengembang.
5.Gelek adunan dan terap dgn acuan donat....kalau malas terap, buat bulat2 cam cekodok pun buleh...terpulang...biarkan jap dlm 10-15 min, donat tu akan naik lagi.
6.Goreng dgn minyak yg betul2 panas. Angkat dan biarkan sejuk sedikit sebelum digolek dlm gula castor.Kalau nak ummph lagi leh la letak chocolate topping tabur kcg ke, badam cincang ke.....:)
No comments:
Post a Comment