Kek Lapis Hatiku Tak Tahan
Kek Lapis Biskut Marie
(aku belasah je name kek ni..sbb tak pakai tepung tp gune sekut marie)
** Catlina buat ½ adunan je
Bahan2:
300gm biskut marie original (blend & ayak utk dijadikan tepung)
10 biji telur
400gm gula castor
500gm butter
½ cwn air sejuk
½ tin kecik susu pekat manis
2 camca teh
2 camca teh esen vanilla
20-30 bungkus asam hawflakes (tak letak sbb xde)
Sedikit pewarna ikut suke(*Aku wat 2 kaler je , kuning & coklat)
Langkah2:
1.Panaskan loyang kukus dahulu.
2.Pukul mentega & gula hingga kembang & putih.
3.Masukkan tepung biskut marie selang seli dgn telur.Pukul sebati.
4.Masukkan baking powder,esen vanilla, air dan susu pekat manis.
5.Bahagi 2 adunan ikut warna yg disukai.
6.Griskan loyang dgn mentega.
7.Kukus selapis demi selapis (10 min setiap lapisan) hingga adunan habis.Susun hawflakes di setiap lapisan. Kukus lagi 2 jam (kalau rajin, kukus 4 jam, kek lagi tahan lame).
8.Sejukkan ke suhu bilik.
9.Dah boleh potong & hidangkan.
** Kudos to my big sis, Ultramama... Macih..
1 comment:
kek ni sedaaappp gila! kan best kalau semua kek guna biskut marie kan, mesti lemak :)
Post a Comment