CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Food Talk


ShoutMix chat widget

Tuesday, May 11, 2010

Home made chocolate ice cream

Home made chocolate ice cream

Dessert petang semalam.Dah lama nak menerai buat ice cream sendiri, semalam baru dapat buat. Asyik miss nak buat sebab asyik lupe nak beli salah satu bahan penting dlm ni iaitu coffee mate creamer.Kat umah bisanye tak de stok mendalah ni dan bila shopping mmg tak termasuk dlm list barang dapur. Resepi cedok dari umah kak Hana Jepong. Senang giler resepinye!

Bahan-bahan
  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar perisa strawberry(aku guna susu segar perisa chocolate)
  • 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
  • beberapa biji strawberry(tak digunakan)
Cara-cara
  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
  3. Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
**next time leh try wat perisa stoberi, jagung n kacang merah ke :)

No comments: